//~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~// REDBLOODX'S FRIENDSTERBLOG EDITOR //~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~//
FriendsterTalk - Friendster Forum

Mesej:

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh lelaki? Soalan ini pastinya menghantui sebilangan wanita moden sekarang ini yang masih belum mampu memahami suami mahupun teman lelaki mereka. Jika ditanya pada wanita, pasti rata-rata akan menjawab lelaki membingungkan mereka dan mereka tidak faham apa yang sebenarnya lelaki cari dalam perhubungan. Zaman sudah berubah.

Wanita hari ini semakin berdikari, mempunyai kerjaya dan mampu menentukan hala tuju sendiri, namun apabila membicarakan tentang hubungan dengan insan bergelar lelaki ada kalanya mereka buntu. Apa yang mereka cari dalam perhubungan? Ia satu persoalan yang kompleks dan tiada jawapan yang mudah, tetapi harus ingat walaupun masa beredar dan dunia di keliling kita berubah, kita sebenarnya boleh mengandaikan apa yang mungkin dicari oleh lelaki dalam perhubungan.

Asas permulaan bagi membina hubungan sebuah hubungan ialah minat, cinta dan tarikan kasi sayang. Lelaki jauh di sudut hati mengkehendaki isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia dan boleh berkongsi hal-hal peribadi. Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin dan pada masa sama teguh serta kuat. Mereka suka wanita yang lemah lembut, penyayang, matang, belas kasihan dan pada masa sama teguh, tegas berdikari serta bijak. Teman yang tegas dan menjadi penyokong.

Lelaki akan mencari wanita yang boleh jadi dan ibu kepada bakal anak-anaknya. Lelaki juga inginkan wanita yang boleh dijadikan teman berbual dan berkongsi jenaka. Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik ciri yang sangat penting. Lelaki suka wanita yang dapat menyokong mereka dan bukan membebel, yang tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.

Rakan yang mengujakan. Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir dalam meneruskan hubungan. Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting bagi mereka.

Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman yang membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Malah lelaki sebenarnya menarik rakan dalam semua hubungan mereka. Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi Melihat daripada sudut fizikal dan biologi, kita mungkin boleh katakan bahawa lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.

Lelaki memang mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu atau seks hanya di peringkat permulaan dan tidak akan bertahan lama. Ia akan melangkah ke peringkat seterusnya di mana lelaki lebih berminat kepada hubungan yang lebih stabil. Lelaki akan cuba mendapatkan gadis yang paling baik dan pada peringkat ini lelaki mula bimbang mengenai apa orang lain fikir mengenai hubungannya dan gadis tersebut. Lebih penting dia mengharapkan hubungannya berlandaskan kepada percaya antara satu sama lain.

Lelaki pada usia 20, 30 dan 40 tahun Usia 20-an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri untuk ke alam rumah tangga. Lelaki akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkan kepada dunia. Pada usia 30-an lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri dan berkongsi hidup.

Pada usia 40-an dia akan menjadi lebih sensitif dan dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) yang sedia ada. Begitupun, peringkat kematangan lelak ini tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah lelaki bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat dan sesetengah lelaki berada pada satu peringkat sepanjang hidup mereka dan ada juga yang mencampur aduk segalanya.

Comments 3 Comments »

Lama aku xpost entry baru. Banyak yang nak aku post tapi masa ja x mengizinkan. Biasala manusia sibuk macam aku ni.. Sekejap ade skejap xde. Kali ni post aku xbanyak nak cerita cuma nak kongsi pengalaman jadi seorang penunggang motosikal macam aku ni. Menuggang motosikal x macam bawak kapal terbang. Tapi nyawa ni bila-bila pun ble melayang. Yela kiri, kanan, depan, belakang, xde jaminan kami ni selamat. Pakailah Helmet yang harga RM300 sekali pun klu jatuh bawah tayar tereler gerenti pecah. Mcm buah tembikai kna lenyek. Inilah resam mentimun dilangar sakit melanggar pun sakit.

Kali ni aku dah xbawa moto laju2 lagi dah. Aku kembali mcm biasa, macam dulu2. Dulu aku ni bukan mat rempit. Aku ni mat moto ja. Cuma zaman dah berubah. sebab tu aku merempit. Tapi pk2 balik nak pi mana laju2.. klu sampai pun belum tentu selamat. xpun tambah lagi problem.Sampai bila? Apa kejadahnya semua ini? hehe..

So mulai sekarang aku dah berubah. Bawah moto cara berhemah. Lagipun aku dah buat moto aku bg elok takan aku nak jahanamkan pulak kan? Naik moto slow ni feel ja. relax ja. nikmat tau. Jadi dengan rasminya aku mengitiharkan diri aku sebagai RIDER. hehehe…

Sambil bawak moto sambil layan lagu memburu impian. Macam Pelem beb.

Ku Jejak Jalan Yang Berliku……. Membara Jiwaku…. Memburu Impian. Lalalala…

Kali ni aku ajak korang semua ikut aku ronda.

tapi kena ikut step seorang rider la k.

Time ni tengah cari kunci….pastikan guna kunci yang betul.

Rider pentingkan keselamatan. So kita pkai helmet dulu..

Gentlemen, start your engine.

Lets ride… keh3.

lagi satu jangan lupa kunci pintu pagar dulu. ni kebetulan aku balik lewat dan aku org last, so aku kunci la dulu pagar opis aku. keselamatan gak ni beb. keh3.. ha..semua dah settle tunggu ape lagi beb? jom ar.

k, first sekali kt depan opis aku ada simpang. so kita kena tengok kiri kanan dulu sebelum kuar simpang. line dah clear baru kita masuk jalan. klu x clear kita pusing aerial. ok? keh3.

ha.. arini aku nak bawak korang pusing2 kat tempat aku. cuaca pon ok. time petang camni.. matahari petang ni ble bg suasana ala2 sempoi skit.

kita masuk kiri k. tengok anak panah.

amacam stakat ni? ok?

op2.. jangan dekat sangat ngn keta. relax skit bawak mcm tadi.

berhenti masa lampu isyarat merah. klu hijau kita jalan. ha dah hijau tu. kita jalan balik.

skang kita lalu kat jalan kat tepi sawah. suasana syahdu ja. tengok aku feeling ja bawak moto. keh3.

sebelah kiri kita sawah bendang.

masih ada kehijauhan lagi… suasana tenang.

kawasan selekoh. hati-hati.

laluan lurus semula…

kita diatas jambatan.

perjalanan kita masih jauh.

Kita Akan masuk jalan kampung.

Ini dia… jalan kampung.. jalan ke rumah aku… nape? Xpercaya? Blogger mcm aku ni org kampung ja? Org kampung xble ke masuk dunia Moden?

Dah sampai… ha.. ni laluan ke umah aku. Umah aku? Ha.. Dah nama orang kampung… Korang pk la mcamna umah aku… cau… keh3. :D

Comments 2 Comments »

Korang tau x aku skarang dalam process nk dptkan lesen keta? Ha.. sekali lg aku terjumpa dgn awek yg aku knal . Tp bkn dgn awek yg kt MacD tu. Ni awek len plak. Pg ms nak test jpj tu aku datang awal. ms tu xde sape2 lg. kerani pusat blajar memandu n jpj pun xsampai lg. Excited nk amik lesen…kna la dtg awal. Aku tengok kat senarai nama yg dplekat kt papan kenyataan. Cari punya cari jumpa nama aku. Yg sakit atinya aku kena sesi yg ke-2 waktu tngh hari. Aku datang awal2 aku kena test lambat plak. xguna betoi. ilang mood aku nak bawak keta. cis.

Tp ade satu peristiwa yg ble wat aku ade mood balik. Aku jumpa ex aku balik, namanya Balqis. Ntah mcmna deria mata aku terpandang dia ntah. kebetulan dia pun nk test jgk aritu. Sekali lg dunia ni kecil kan? Rasanya dah 2 tahun aku xjumpa dia. Dan aku tau dia skang dah ade yg berpunya dah.. dan aku bkn la nk pkat dia blik. skadar nk sembang2 n nak tahu perkembangan dia skang ni… Kami putus bkn sbb ade masalah tau. Kami lost contact sbb hp kami hilang. Lgpn just baru start ja  masa tu.. so feeling tu xsngat la..sbb baru dlm process nak knal2..wlupun dah lama knal ms dia junior aku dulu..

“Hye Qis. Mai test jgk ke?” aku bertanya. “Hye. A’ah..second time. jalan raya dah lulus dah cuma bukit ja kandas aritu..” dia mnjawab. “Oooo..main sorg ja ka? Ali x main tengok?” aku menduga. manala tau kot2 bf dia ade ctu… kang xpasal2 plak kang.. “X.. dulu ms firt test dia mai la tengok.” dia explain kt aku. Ha…ape lg xseronok ke? mstla sronok kn dpt smbg lama2. xde gangguan. kahkahkah. “Abg rid sorg ja ke?” dia bertanya.  Ha..kantoi aku dgn korang. Dia sebut abg rid..kehkeh..”Ala qis.. qis pun tau abg mcmna..dr dulu smpi skang ni kan jenis sorg2..” aku buat kenyataan.

Dalam cer… ni aku xmau la cita banyak2 apa yg aku sembang dgn dia.. sbbnya terlalu personal.. biasalah..korang pun tau.. bila kita jumpa dgn seseorg yg pernah kita syg suatu ketika dulu. mesti ade cerita dan sejarah yg kita akan suarakan..betul x? Tp bg aku yg berlalu itu biarkanlah berlalu… cukuplah skadar mengungkaikan ape yg tersimpul dan terbuku selama ini. supaya hati x menangung bebannya lg. Cukup la skadar korang tahu. Klu aku cerita panjang2 pun xguna benda dah berlalu.. so ambil yg jernih buag yg keruh.

Mungkin aritu aku kandas sbb aku p langgar tiang masa parking. tp aku happy sangat sbb aku ble lepaskan ape yg aku rasa. So mmg berbaloi la ari tu wlupun aku kna ambil test lg. Yg pastinya no phone dia pun aku dapat. hahaha.. tp mcm aku ckp. aku xkan call or msg. Aritu dia ade msg aku. tp aku balas skali ja. “dia tanya aku lulus ke x? aku jawab kandas.” tu ja pas tu aku xms or balas msg dia lg. cukuplah klu ade no.phone ja pun kan.. Ade gak aku mintak nak amik gambar dia, dia bg aku amik gambar tp suasana mcm xsewai plak. So dia send ja gambar kat aku. tp aku ade gak snap gambar cara aku la..

ni gambar yg dia send kt aku.

masa sembang serius.. korang tengok muka kami nampak mcm ade muka kesal kan? hehe…

Ni masa kami dah ok… Back To Life.

Nilah Kehidupan Dia sekarang. Bahagia Kan?

( credit dari Fs dia : http://profiles.friendster.com/74238468 )

Konklusinya jgnla kita berdendam. Jodoh pertemuan kan Allah yg tentukan.. Ada hikmah disebaliknya. Ha.. korang jangan plak bersimpati dgn aku… Aku ok la… Peace… Wek. :P Hehehe…

P/s: Time aku post cer.. ni aku tengah dgar lagu2 jiwang. huhu…. :(

Comments No Comments »

Wlupun aku suka bergerak solo tp ramai yg knal aku. Nak dijadikan cer… Lepas abis main bowling aku round2 kat pacific. Dan mmg pegerakan solo aku ni x mmbataskan aku utk bergerak kemana2. Dan org yg biasa dgn aku mungkin tahu aku kemana. lepak kt mana. hidup mcmna.

Masa aku round2 kt pacific aku rasa perut aku lapar. Dan korang mesti tau tmpat slalu yg aku pegi klu nak makan. Mesti kat McD. Time aku nak pesan mkn kt kaunter tu. Ade tiga org awek ushar aku. Tp aku wat xpeduli ja… lepas amik makanan aku pegi amik sos. kebetulan sorg awek tu pun datang nk amik sos jugak. dia sblah aku ja so dgn mata terkebil2 dia tengok muka aku yg macho ni. kehkeh. dia ckp “macam nak kenal”. aku cuma senyum ja. pastu aku pegi kt meja aku. korang tau la kn aku ni glojoh makan.. aku bkn peduli pon awek2 tu tgok ke x. ade aku kesah? tp kali ni rasa fun fries aku banyak la plak. glojoh2 pun xabisla plak fries ni.

Than awek yg tegor aku td tegor aku lg. jarak meja diaorg cuma selang satu meja je ngn aku. so mmg ble sembang jarak jauh la. “Dulu kita penah jumpa kat sini kan?” dia tanya aku. “Hah?” aku terkejut. “Ingat lg x kta pernah makan skali dulu? kt sini jugak.” dia cuba ingatkan aku. Aku tekan button revease storan sekunder kt  dlm kepala aku ni. aku cuba cari imej yg sama dgn imej dpan mata aku skang ni. aku trace lokasi yg sama dgn tmpt aku duduk skarang ni.  aku melangkaui setahun demi setahu. lokasi terpapar. imej makin dkat. stop.

Searching Complete…

Imej: Macth

Location : Mac D, Pacific

Year : 2007

Ha.. macam manusia robot plak aku ni kn? hehe..

—————————————————————-

“Yela.. kita pernah jumpa kat sini dulu kan? Baru perasan. Dah 2 tahun berlalu.” aku membuat kepastian. “Ha..dah tu xmau join kami bertiga ke?” dia menjemput. “Errr..xpela.. mcmni ok kot…” aku tersipu2. Gila. awek tegor n jmput duduk skali. Wooo… segan jugak la weh… “Ala… xkan nk sembang jauh2 kot..mai la join skali… dah lama xjumpa kn?” dia cuba memujuk. “hmm…oklah.”aku mengikut. tp korang jgn ingat aku mudah cair plak. Just be a gentlement ja.. “ha..baru best sembang mcmni.” dia senyum. “ha..sorang ja ka? sorg awek lg tegor. “ha’ah sorang ja…mcmni la.” aku menjawab. “Dia ni mmg jenis sorg2 dulu jumpa pun sorg2 ja…ble jadi keja sorg2.” awek yg pertama td menyampuk. aku cuma senyum ja. “Xde kawan ke?” awek yg bru nk mengenali aku tu bertanya lg. “Ade, ramai..tp mmg dah biasa mcmni.. p mana pn sorg2..” aku buat penerangan amal. “Ooooo….xboring ke sorg2?” dia tanya aku mcm wartawan. “xlah.. dah biasa mcmni..kdg2 kuar ngn kawan gak la..tp jrg sangat la.” aku jawab soalah dgn penuh berhemah. “Dulu jumpa dgn adik kan? Adik dah sambung blaja ke?”  aku menyoal awek yg first td tu. “Ha’ah. dia xikut sbb kat asrama. ni kuar ngn adik beradik lain plak..” dia menjawab. “Ohooo..ramai betul adik… Kuar ngn adik beradik mcm kuar ngn kawan2 ja no. Ingat kawan2 td.” Aku cuba berseloroh. “Yela..kamu selalu share sama2… pakwe ja yg xshare..hehe..” dia wat lawak. “Ha..awat xmakan buger tu?” dia tanya aku lg. Gila?Aku kan jenis gelojoh. Kang ilang plak mood diaorg ni. “Erm..japgi kot.hehe” aku malu2. “Ala…jgn risau kami xckp pe pon… xpayah nk cover2 mkn..”dia bg kenyataan. Amboi dia ni ble baca ke apa aku pikiaq? Tp xpe perut aku pun dah lapar. Green light pun dah dapat. Ape lg serang!!!! hahaha… tp aku xjadi gelojoh la… aku makan cover gak.. “la napa mkn cover2 ni?” dia pelik tengok aku. “Trauma.”aku jawab spatah. “la nape?” dia nak tahu. “Dulu..pernah mkn ngn sorg girl ni… Dia ckp klu xtau malu pun pikiaq la pasal org yg tau malu ni.” aku bercerita. “Oooo..ikut ska la mkn cmna pun k.” dia senyum. “ha..nak tanya skit ble?” aku mintak izin. “Tanyala. Apa dia? dia menanti. “Umur berapa?” aku bertanya. “Ha… Agak2 berapa?”dia senyum2. Ooo…ingat aku xpandai teka umur org ek.. See the leg n kepala lutut la. Pasal umur org xble tipu dgn aku. Tp aku ble tipu umur aku. keh3… “23. Betul x?” aku jawab senafas. “Hoh?” dia terkedu. “Betui la… mcmna tau ni?” dia tertanya2. Ha..tula..kan dah ckp see the leg n kepala lutut la.. “Ade la…hehe” mcm biasa dgn muka blagak aku. korang bayang la sndirik mcmna? wahahaha… Klu korang nak tau terkejut sampai tersedak fries yg makan. Air pun sampai nak terminum air aku. keh3. tp memang ejoy la sembang dgn diaorg ni. Ha kat bawah ni aku ade snap gambar2 diaorag. Snap cara curi2. Klu mintak nk bergambar pun ble dapat tp xoriginal la.. aku lebis suak snap cara bebas..

Bila kitaorg dh puas sembang n dh abis mkn. time kita org ng bawak diri masing la kan? So diaorg pun minta diri nk balik.. Aku? Aku pun nak balik la.. tp bg la diaorg jalan kuar dulu..  lady’s first.. gentlement x aku? haha.. Pas diaorg dah xnampak dgn anak mata aku baru aku kuar.. turun utk mendapatkan motosikal kesayangan aku utk balik…. Ape? Ade lg yg aku tertinggal? Ape? Lupa mintak no telepon? Mesti korang ingat aku ni lupa kan? Op2 silap tu… Aku dah mintak pon no diaorg…  Cuma korang kna tau aku ni simpan ja no.phone tp xkan sesekali utk call or msg… berapa banyak no.phone girl dalam hp aku. tp jgn harapkan call msg pun x. Sbbnya nnti aku bgtau. so.. selamat enjoy semua… daa….

Comments No Comments »

Dah lama aku x menulis. Kak Ros pun duk tanya aku ari2. Ramai yang tanya aku dah xmenulis lagi ke? Sori la kawan aku bz skit skang ni… tp lu org semua jgn risau aku ade cita baik punya utk lu org baca… beberapa minggu lepas dulu2 tu.. club company aku… eh bkn2 company aku tau.. company bos aku punya… ade buat tuornament bowling antara pasukan. ala 4 pasukan ja pun bertanding.. hadiah pun 1234. okla kn. ade fight jgk la…

nak jdkan cerita sebelum pasukan2 dibentuk bnyak kli la undian dbuat… dari 4 pasukan jd 5 pasukan. pastu bubar balik jd 4 psukan balik. Yang anehnya aku tetap setia bersama Kak Ros aku. kehkehkeh.. Seakan-akan ade chemistry antara kami. Korang jagan jeles k. hehe.. ibarat aur dgn tebing, ibarat isi dgn kuku. (mcm sasterawan plak la aku ni..) Sampi 4 kali undian aku ngn kak ros mmg xdpt dpsahkan. Kak Ros jgn kembang idung plak. keh3.

Klu korang nak tau ni secondtime aku main bowling. last play ms aku gi main bowling ngn……….. hmmm..abaikanlah. hehe.. tp yg pastinya aku kalah ngn dia seorg prempuan.  (pengakuan sebenar ni) ade aku kesah? xpela..dia pernah main bowling, aku mana pnah lg.. pegang bola ja, baling xpernah.. bolehla kn..

so berbekalkan pengalaman tu aku gunakan utk cuba kali kedua bermain. Aku mcm biasala kan.. slow n steady jer… tp ari perlawanan tu aku mai awal. excited sngat la katakan.. tp ttp mentain control macho.. tunggu punya tunggu last skali semua ble main.

masa sesi memanaskan badan aku terover limit. aku guna bnyak tenaga baling bola tu. tp xpe.. janji strike.. (kembang hidung aku.) kehkehkeh. so depa semua terpegun la dgn aku… aku mcm biasa la, jawab aku mana pandai main.. padahal dlm hati tu syok gila kna puji. hehe.. sape xsyok kena puji.. org gila ja.. yg xsyok. tul x? sblum ni depa semua tengok aku ni x aktif sukan.. asyik dpan komputer ja. xde life. aku ni bkn atheletic. sbb tu depa terkejut. Klu korang ajak aku main badminton korang mmg pnat dgn aku. bukan pnat main pnat gelak. Boleh pecah prut korang.Klu ajak main bola bole la skit2 tp aku xminat..

Berbalik pada cerita bowling aku tu. Nak djadikan cer…. (cer ni bahasa matrempit mana korang paham) aku pahamkan korang cer=cerita. ada paham? oklah aku mula balik. Nak dijadikan cer…. pasukan aku bukanlah hebat2 sngat.. Nazri n Abg faiz ja yg agak2 pro la. aku, kak ros n kak fiza ala kadar ja.. biasa la kami masih lagi amatur. tp abg faiz ngn nazri mengharapkan aku jd angkel (ntah btul ke salah aku eja aku pun xtau) diaorg. peranan aku ialah menambah mata pasukan.

Kak Ros ngn Kak Fiza masih dlm training. smentara diaorg nak seswaikan diri dgn bola. masa kami main tu kami terpaksa la menipu skit.. aku tolong kak ros baling bola.. tp terkantoi la pulak… bos aku ble riuh deras2 kt c tu. Bos aku ni suka psiko2 orang. mau x malu team aku. tp ade aku kesah? haha.. wat muka selamba aku la.. peduli ape.. team lain semua pro2 ble la kan.. ini team cumi ngn cici yg korang nak perkotak katikan. lek ar… sape yg xmau mnang… tp ni pon salah aku jugak.. tp skali lg. ade aku kesah? haha…

But in the first n final round kami x tipu tau. second round ja kami terpaksa. Final round kak fiza dah ble wat strike. Kak ros dah pandai mengimbangkan bola. okla kan? org kata merangkak2 dulu baru ble berjalan. So dari tangga tercorot kami dah naik ke second runner up. tempat ketiga menewaskan kumpulan teguh dgn satu mata. Walaupun dgn hanya 1 mata tp boleh mengubah kedudukan. Klu x org xkata la xcukup skupang xcukup la seringgit.

Ni aku nak share gambar2 masa aku main bowling aritu.

kasut yang rabak ni diaorg bagi kat aku? adaka patot.

Ni la Kak Ros aku. Korang jangan ngorat…

Team Aku. Kak Fiza, aku, Abg Faiz, Nazri, Kak Ros n yang kecik comel tu anak Kak fiza.

Kitaorg Second Runner Up

————————————————————

Kat Bawah ni Team2 yg bertanding.

First Winner, Team bos aku.

Azizah, Bos, Abg Ipar Nazri,Adik zana, mahsuri

first runner Up

Isteri Bos Aku, Syuk, Abg Bos aku, Zana, Kak Wawa

Third place:

Wani, Adik Zana, Azhar a.k.a Teguh, Iqbal, Kak Yati

Ini adelah sebahagia koleksi cerita aku dgn kawan2 sedara2 ofice aku.

Dan pesanan aku pada sesapa yg nak ajak aku main bowling. Anytime bebeh.

Tp ada Bran ke weyh….? Kwang3… Selamat…….

Comments No Comments »

Rasanya banyak ari aku xpost entry yg terbaru kn? Kesian kt follower2 yg nk ikut perkembangan aku ni. Sori la.. aku bz skit.. biasala.. keja peon mcm aku ni.. makan gaji.. yang selalu jgak makan hati dan dah tentu la mkn suap sendiri.. kerja kna wat beb… xwat xdpt gaji la.. xble la blanja…….blanja sapa ha? Ha.. blanja pe………….rut aku. Awat? ingat aku nak blanja perempuan ka? aku ni spesis kdekut tau. Klu jenis yg maintenance tinggi ni jgn la nk mintak couple ngn aku.. please la..aku xrela.. aku yg xrela ataupun korang yg xrela. hahaha…

Al kisahnya tersebutlah kisah. berapa bnyak kisah daa… ala senang cita mcmni la.. ari tu aku ke blakang opis. Ha..msti korang ingt blakang opis tu mcm luar bangunan. Maksud aku bkan blakang opis dari sudut keutaraan dan ketimuran satah atau paksi diluar linkungan bangunan pejabat aku, tp kt Qs n Eng Departmet la. dalam opis aku jugak.. ape xbetul ke aku ckp blakang? aku kn kbhagian admin so aku front office la. so deparment len back opis la. wahaha..

Sambil aku wat keja sambil aku pasang telinga. sambil aku sedut sambil aku hembus nafas aku. sambil aku kentut sambil aku wat muka blur. Wahahaha.. Ha korang gelak2 pe? Nutural la tu. Korang xpnah kentut ke? xpnah? ha..xnormal tu. hehe.. Bkan pasal kentut yg aku nak cerita..tp pasal offimate aku.. Dr jauh aku tengok2 aku tenung2 tp wat muka xkisah aku la..  depa duk belek2 kt komputer Kak Ros (Eng. clerk opis aku). Ni perjumpaan tertutup ka? kuikikkukik.. gelak2 sengih2. sambil tu ade yg tengok2 aku plak. Kang aku korek biji mate tu baru depa tau. hahaha.. Tiba2… ade suara sebut name aku. Ha..ni gerenti kakak2 kesayangan aku ni bersama zizah (admin opis aku) tengah wat prepairation nk knakan aku ni.. xpe2. aku tetap macho. Sekali Kak Ros ckp “Wan.. mana aci xletak nama kak dlm blog pun…nama depa ada nama kami xda..” la… kakak kesyangan aku ni bca blog aku ka… ingatkan apa…. “Amboi adik kak ni…sampai ati dia no xsebut nama kakak2 pun….” Sampuk Kak Fiza (rakan sekerja Kak Ros yg juga Eng. clerk) .

Sebagai lelaki yg gentlement lagi macho mcm aku ni. mestila ade rasa sensitif skit kan.. Alaihai.. mcmna nk buat ni.. kna pujuk ni… “Ala.. nnti sy letak nama kak dlm blog sy…k” aku cuba memujuk. (Ha malam ni sy dah letak nama Kak Ros Dgn Kak Fiza siap bold lg ni tau..kehkeh) tp aku tau kakak kesayangan aku ni bkan la nak amik ati sangat..sesaja ja depa ni melawak ngn aku…

“Wan pandai no.” puji Kak fiza. Aku kekembangan. haha.. tp aku cuba memaintanancekan keriakan kewajahan aku. “Eh xdela…biasa ja..skit ja..” aku merendahkan diri dalam kekembangan td. “Tp mulut ble tahan no.” Kak Fiza menyelit kata2nya. (Ha.. aku dah kna dah sebijik..semat rempit aku pun tidak dapat menyelit seperti bliau itu.haha)

“Wan selalu post blog waktu bila?” tanya Kak Ros. “ala malam2 time tengah wat keja skali la menulis.. sekadar meluahkan yg terpendam ja kan..” aku bersuara. “Tapi sedap la baca blog wan…” puji Kak Fiza lagi. (Aduh. makin mengembangla lobang hidung aku ni.) Kak Fiza mmg suka memuji. (Kak Fiza. Klu tikus opis kita masuk dlm lobang idung wan Kak Fiza bertanggungjawab tau. hahahaha.)

Ha.. ni la kehidupan aku ari2 kt opis. klu aku xusik2 kak ros ngn kak fiza. Depa la yg duk usik2 aku. Ha.. Kak Fiza, Kak Ros pasni blanja wan. Kak Ros ngn Kak Fiza dah popular ni. hehe…

Comments No Comments »

Kelmarin aku ade keja luar. Menguruskan perihal pekerja asing. Dekat imigresen tu aku tunggu skit punya la lama. dkat 2 jam baru giliran aku sampai. Dah setel semua, aku pun nk pegi ke destinasi seterusnya la.. Tp memandangkan aku xbreakfast dan perut aku mula berbunyi aku batutkan niat aku skejap. lgpun time tu dah lunch time. So aku buat plan B. Aku kona baring masuk MacD. Nasib seakan-akan menyebelahi aku. Sampai ja parking, ala parking moto….huhu. Ujan  baru nk turun. Tp aku tetap macho.. relaks ja jalan masuk macd tu jalan dgn penuh bergaya. padahal dalam ati doa jangan la ujan tu lebat sblum aku masuk dalam. wahaha.. Sampai ja dpan pintu. Hujan lebat dgn ribut melanda kawasan tu. perh mcm thrill ja. aku letakan file dokume aku kat meja kosong. pastu terus pegi kaunter nak oder.

“Selamat Datang cik. Nak makan sini ke nak bawak balik cik?” Sapaan pertama dari awek macD tu. Aku pun memachokan diri aku.

“Em…sy nak makan sini yer.  Bagi sy spicey chicken set 1.” Aku membuat pesanan.

“Spicey Chicken set 1.. regular ke large?” dia bertanya.

“Bagi sya large punya k.” aku jawab confident. (Mak Ai..slera besar betoi aku ni. Hahahaha)

“Ok. Itu saja ke cik? Nak tambah ape2 lg?” tanya dia lagi.

“Itu saja.” aku jawab. ” (Nak tambah lg? uish…kang meletup lak perut aku.)

Bila fastfood aku dah siap. Dgn gaya macho aku berjalan kat tempat aku letak file td. Kat luar masih hujan lg. Ade peluang aku balik lewat opis arini. Aku telefon opis aku.

Tut..tut…. Ganggang Diangkat. “Hello.” Suara bercakap. “Ha..hello.. ni sape ni? Ni Azizah ke?” aku bertanya. “Xla.. Ni zana la..” akauntan opis aku jawab. “Zana ni wan. Wan Balik opis lewat skit la. Ujan Lebat la kat sini..” lembut ja lidah aku cerita. “Wan kat na ni?” Dia tanya lagi. “Wan kat bandar sunway. Baru pas kuar imigresen. Japgi wan nak p bank plak. nak wat bankdraf permit region worker.” Aku explain dkt dia. “Ha..okela wan..”.. tup…… ganggang diletak.

“Yes!” akhirnya aku ble lepak lama kt c2… Aku tengah lapar sangat masa tu… first aku minum coke. Hilang dahaga tekak aku. Pastu fries jadi santapan aku. Agak gelojoh jugak masa tu. yela perut dah lapar… ade jugak la mata awek2 yg memandang aku kt ctu.. xtau la.. mungkin masa aku tengah gelojoh tu hilang macho aku kot. Argh..peduli ape aku. Bukan diaorg yg bayar makan aku pun. Ntah. dalam beberapa saat ja.. aku rasa kotak berisi fries tu dah kosong. uiks cepatnya abis. aku rasa aku baru ja duk kt ctu.  Last kali aku bukak kotak buger aku. Perh panas lagi..aku angkat bun dia pastu aku curah sos cili campur tomato ats daging ayam tu… hmmmm…menarik pehatian anak tekak aku. aku lekatkan balik bun atas tu. Aummmm..satu gigitan melekat kt buger tu aku bagi.. Aku kunyah2 aku telan2.. maiyonis dan sos melekat kt tepi bibir aku. agak2 ‘berlemoih’ jugak cara makan aku. Rasanya kali ni hilang terus macho aku. Tiga kali gigit ja buger tu abis masuk perut aku. Awek2 kt ctu terbeliak biji mata tengok aku mkn. (Ayo….mamat ni makan ke mentedarah…) wahahaha.. Aku pun rasa pelik. Nape cepat sangat aku makn ni? Air banyak lgi. Masa pun banyak lagi. xkan nak lepak camtu ja kot. Kang org kata pe plak sesaja lepak ctu lama2. So aku bangun, bukan utuk beredar dari c tu. tp aku bangun utk ke kaunter.

“selamat datang cik… Nak makan sini ke nak bawak blik?” Sapaan yg kedua kali dari awek yg sama. “Saya dah datang td..baru ja pas makan.” aku jawab sambil tahan gelak. (wahahaha…) “Oh ya ka? Xperasan la..” Dia jawab malu2 dgn aku. Sahih masa dia layan aku tadi dia tengah pk nak blik keja pkul brapa.. xpun tengah duk pk pasal balak dia.. xpun pk masa dpan dia. Jenis melayan perasaan la ni. xpun mungkin muka aku dah berubah lepas aku makn tdi. wahahahaha…

Kali ni aku oder nuget 6 ketul plak dgn fries. Size large jugak. Air ade lg so aku x amik la air. aku kembali ketempat aku. sambil tengok tv sambil aku kunyah. Sambil aku kunyah sambil aku tengok tv. sambil jugak aku teguk2 air coke tu sampai abis. Mmg abis semua. xtinggal ape langsung.

Kenyang betul perut aku.  (mak datok. mamat ni rakus gila. bahaya betoi buat laki). Ntah ape la awek2 kt ctu kata ape kt aku. wahahaha… Tp aku tetap xpeduli. sebab aku beli mkn guna duit aku sendiri. Kecuali la diaorg belanja kan.. Tp jangan harap la pompuan nak berlanja laki.. Cakap ja apa yg laki ble wat depa pun ble wat.. Tp suh blanja tengok.. hampeh. Mcm2 alasan.. Org klu nak blanja org biar ikhlas… bkn kira kau laki ke kau perempuan.. betul x? Ha..sibujik lagi aku bagi. wahahaha…

Sambil lepak2 kt situ..  aku ade snap beberapa gamba aku.

Nak dijadikan cerita kelmarin adelah rezeki aku mkn fastfood.. pas aku balik keja aku teman kawan aku pegi canival mall.. dia beli laptop sony vaio.. tp kna wat recovery dulu. Bukan aku xmau wat tp laptop dia under warenty lg. Lebih baik sony center wat. lagi afdal kn.. so pas siap semua member aku ni ajak aku pegi MacD tempat tenghari td aku mkn. Argh… perut aku yg mmg terisi dri tngah ari sampai ptg tadi nak disi lagi plak. Bila masa aku nak diet plak ni. huh.

Utk tidak menghampakan kawan aku turutkn jugak la… “Abe ang nak apa?” dia tanya aku. Gelaran aku mmg banyak. Abe tu salah satu gelaran yg budak2 kampung panggil aku. “Aku nak nuget 24 ketul ble?” Dia wat muka terkejut. haha.. “Xla.. aku nak nuget 6 ketul ja.. aku kenyang sangat ni..” aku explain kt dia. “Ala…xkan nuget ja? Bigmac ke… Bendah alah lain ke xmau ke?” dia tanya lg. (uiks. td masa aku nak nuget 24 ketol terbeliak bijik mata). “Xpala cak oi.. aku nak nuget 6 ketul ja..” sepantas kilat dia pegi kaunter.

Sbnarnya member aku ni xtahu nak guna laptop.. sbb tu dia baik sangat dgn aku.. ada kepentingan la katakan..  Dia suh aku buka laptop dia n setting wireless kt MacD utk dia. Aku godek sikit2 dah ble guna. Pastu aku ajar dia mcmna nak setting wireless and ape2 yg patut kt dia.  Yerla… ilmu jgn kedekut sangat dgn org kan..xrugi pon..

Xsedar plak aku ms aku ajar dia, dia bantai fries aku ngn dia punya sampai abis. naseb bek nuget aku dia x mkn. pastu buger dia baru sampai.. tp xmkn2 plak dia ni. sambil sembang2 sambil layan tenet aripun dh mkin larut malam.. mata aku pun dah ngantuk. So kami kemas2 kami balik.. ha..baik pulak member aku ni. nuget dia blanja..buger dia pun bg kt aku. Ha..nila nama dia org memberi kita merasa, org berbudi kita berbahasa…

Comments No Comments »

Ini adalah pengalaman hidup aku. Bercinta dan putus cinta tu mmg perkara biasa dlm hidup aku. Tapi aku xpernah menyalahkan sesiapa. Cuma aku nak luahkan apa yg selalu disalah ertikan tentang lelaki. Lelaki sering dikaitkan dgn ego. Salah ke lelaki ego? Lelaki ego krana mempertahankan haknya dari dipijak2. Lelaki dikatakan tdak berperasaan. Tp lelaki lah yg paling banyak kecewa. ini realitinya. Lelaki tidak seperti prempuan. Ingin satu dunia tahu yg dia sedang kecewa.

Lelaki juga manusia yang ada hati dan perasaan. Cuma dia tidak akan memburukan pasangannya andai dia kecewa. Kerana dia sedar dalam kehidupan realiti bukan selalunya indah. Bg perempuan yg manis sahaja yg diigininya. Yang pahit susah ditelaninya. Sbb itu kepahitannya perlu dikongsi semua org demi inginkan perhatian. Kerana khidupanya xpernah mrasai kepahitan. dri kcil sampai dewasa ibu dan ayah menumpukan perhatian terhadapnya. Bg lelaki dia mmg diajar utk membina kehidupannya sendiri. Segala pahit maung dia merasainya. Itu menjadikannya seorg yg tabah melalui liku2 kehidupannya.

Pengalaman aku melihat kawan yg bercinta aku mulai sedar akan bahaya seorang perempuan itu. Lelaki bkn mudah utk jatuh cinta tp skali dia jatuh cinta dia akan hanyut dibawa arus. Ramai kawan aku merana kerana cinta. Ade yg skarang meringkuk didalam penjara. Ade yg sedih berpanjangan.. semua kerana seorg perempuan.

Kisah tercampaknya Adam dan Hawa kemuka bumi kerana pujukan hawa. Namun Adam x salahkan Hawa kerana Adam tahu itu adalah kehendak dan takdir Yang Maha Esa. Biarpun terpisah Adam mencari Hawa dibumi. Adam boleh tinggalkan Hawa dan boleh salahkan Hawa kerana menyebab mereka terkeluar dari syurga dan tercampak kebumi. Tapi kerana cinta jugalah yang menemukan mereka. Lagipun Adam sedar dia yg memohon kepada Allah agar hawa yg menemaninya. Jadi sgala baik dan buruk hawa juga turut diterimanya. Begitulah adat perkawinan. Suami yg akan menanggung dosa2 isterinya.

Begitu jugalah yg berlaku kepada Yusof difitnahkan zulaikha sehiggakan dipenjarakan. Akhirnya Yusof menghawini sesorang yang pernah membuatkan dia menderita bertahun2 lamanya.

Tengoklah saja dengan Firaun. Seorang yang kejam membunuh semua kanak2 lelaki juga lembut apabila dipujuk oleh isterinya agar Musa hendak jadikan anak angkat. Akhirnya dia ditenggelamkan dilaut merah. Bertapa besarnya kesan pujuk rayu perempuan kpada lelaki.

Zaman skarang perempuan sudah mulai menyerupai lelaki walaupun dr segi fizikalnya tidak menampakan dia lelaki tp apa yang lelaki buat dia pun nak buat. Demi setanding lelaki, dan tidak mahu mengalah dan dia akn melawan arus. Dia sanggup lakukan apa saja demi mengatasi lelaki. Dalam xsedar dia sbenarnya menggunakan cara yg salah utk berada ti tempat teratas.

Lelaki dijadikan batu loncatan. Pujuk rayunya memusnahkan lelaki. Akhirnya dia lupa diri. Itulah perempuan yang aku nampak sekarang ini. Berbagai2 organisasi ditubuhkan dan hak2nya diperjuangkan. Sedangkan dia tidak sedar yang memberi dia peluang bersuara adalah lelaki sendiri. Tetapi dia menggunakan utk menjatuhkan lelaki. Kerana haknya disuarakan tanpa diberi pertimbangan maka wujudlah senario yang menyogok-nyogok minda generasi hawa yang lain bertapa dasyatnya institusi perkahwinan itu dn bertapa kejamnya lelaki. Inikah yg dinginkan perempuan?

Berbanding dizaman jahiliyah perempuan tiada hak utk bersuara. Tp setelah Kelahiran Junjungan Besar Muhammad S.A.W bertapa perempuan diagungkan. Tp inilah yg berlaku apabila kaduk naik junjung. Diberi betis hendak peha. Tidakah kau sedar perempuan itu tdak jadikan dari kepala bukan utk dijunjung dan tidak juga dr kaki utk dipijak tp dijadikan dari rusuk utk dilindungi dgn tangan dan dkat dihati utk disayangi. Jadi tanyalah apakah pergorbanan yg terbesar yg boleh diberikan kepada lelaki yg masih menyayangimu walaupun sayangnya tidak terucap dgn kata2?

Usah harapkan yg sebaik Muhammad andai diri tidak sebaik Khadijah. Sama2lah kita fikirkan.

Comments No Comments »

Baru2 ni aku naik moto buat kerja kat luar. Dan smmgnya aku ari2 pegi kerja naik moto ja. Aku dan moto ex5 aku xdapat dipisahkan. Tetiba masa on the way aku nak balik opis moto aku memberi isyarat minyak dah abis. Kebetulan mmg meter minyak aku rosak. So aku lupa nak isi minyak. Jadi aku tolak la moto. ape lagi kan? Adoiyai..muka macho2 mcm ni tolak moto beb. Xpela dah nasib ka? jauh jugak la aku tolak. nk mintak tolong pun aku xska. bkn sbb sombong tp sbb mmg aku xsuka menysahkan org.  ms tolak moto tu mmg xde la sape nk berenti.. kereta ke.. lori ke.. awek ke.. mmg xda la.. Jgn harap.

Tp aku terharu dgn sorg mamat ni. dia sbnarnya nk pegi amik isteri dia blik keja.. jalan dia bertentang dgn aku.. tp dia sanggup patah balik. sbb dia tengok sape pun wat x tau kat aku. Dia berenti tepi aku. Dia tanya aku. “Awat bang?” aku jawab. “minyak Abis la.” Dia gtau aku. “xapa bang. Abg naik. saya tolak.” aku pun ikut la ape yg dia cakap. sambil bawak moto dia, kaki kiri dia tolak stand blakang aku. “Kesian kat abang. Org tengok wat xtau ja kt abg. Xda ati prut btoi depa ni. Mentang2 depa xkna depa wat xtau ja no. Klu kna kt batang idung sndiri baru depa tau.” mcm tu la  keluh kesal mamat ni. aku pun tau zaman dah berubah. org hanya pentingkan diri sendiri ja skang.  mmg susah nak jumpa org yg ade hati dan prasaan skang.

Sambil2 tu aku sempat tanya dia. “ang keja mana?” dia jawab. “saya keja kampung biasa ja bang.” mmg dari perwatakan dia org kampung biasa saja. tp bg aku hati dia luar biasa. Inilah sifat org biasa yg xlupa diri sendiri. Sampai ja stesen minyak aku nk bg dia duit tp dia angkat tangan dn terus pergi dari ctu. Masih ada lgi org yg baik kt dunia ni. walupun mereka hnya org biasa. tp hati  mereka luar biasa. Mmg beruntung isteri dia dpt dia. Mungkin hartanya tdak skaya mana tp hati insan dia adalah harta yg paling mewah didunia.

Dan td perkara minyak habis berlaku pada aku lg. Dan mat rempit yg org2 xsuka juga la yg tolong tolak moto aku td. Xmintak duit tolak moto aku pun td. Baru aku ingat Tuhan Maha Adil. Dulu masa aku bawak moto aku pernah berhenti ditepi jalan sbb nampak satu pasangan warga emas tolak moto sbb tayar pancit. aku tengok xde sape pun tolong. Dek kerana mat rempit mcm aku ni knai ramai pembuat tayar pancit. So aku contact la mmber2 aku yg terdekat.. Mungkin sebb tu Tuhan tolong aku. Dan tak rugi pun klu kita tolong org kan?

Sebab tu aku jadi mat rempit. Aku xmau lupa diri. For awek2 kt luar sana walupn kami xkaya tp kami juga ada prasaan belas kasihan.

Comments No Comments »

Aku Bukanlah mat rempit yg suka wat kacau bilau ketenteraman awan. Aku merempit bila time aku emergency saja atau mmg time tu aku punya otak kiri ade kacau skit. Bila adrenalin yg dirembeskan oleh kelenjar (nama pa ntah lupa lak aku) yg bercampur dgn chamical lain dlm bdan aku, semangat aku jdi satu mcm ja. nak kata aku amik dadah xjugak sbb rokok pun aku xisap. memang bab bawak moto laju mmg kepakaran aku, cilop sana, cilop sini. Tp klu bab bawak keta org ble hon blakang aku sbb aku bawak keta macam siput. siput pun xslow mcm aku. Ala slow pu xpela.. jnji aku xlanggar org..

Knapa aku ska jd mat rempit? Ni sebab sikap penguna jalan raya yg ade 4 tayar dan keatas dijalan raya la. Belagak diaorg bukan main lg. Ikut dan ja mana nak pegi. cermin cc ade cermin pandang belakang ade xmau tengok. kcian kt moto2 yg ade kt sblah kiri, kanan, blakang jalan raya. Diaorg pk dia org besar xde sape brani langgar diaorg la. Bg diaorg, moto ni mcm timun. diaorg ni mcm durian. kena langgar pun dia xkisah, melanggar pun lg dia xkisah. Ni la mnusia2 yg xde hati perut. Org putih kata shellfish. pentingkan diri sendiri berbanding nyawa org lain.

Aku naik keta aku takut aku langgar org sbb tu aku bawak slow. tp aku tenggok ramai org naik keta yakin sangat x excident  bak kata lain lagi x cerdera. Bila pegang stereng mula lupa diri. Kenderaan yg kecik rasa mcm xda harga lg dah kt mata diaorg. Memang bengong tahap cipan. Sape kau yg kau nak pekecil2 nyawa diaorg? Engkau tuhan Ke? setahu aku org yg berfikiran mcm ni bangsa yahudi. Tengok dah kt palestin. Nyawa bagaikan tiada harga. Mcm tu jugak korang walaupun cara xsama tp pandangannya lebih kurang saja…xde beza pun..

Yang paling aku bengang skali, bila pompuan yg drive. mentang2 dia ade keta kerek nak mampos. signal xbg bla nak masuk simpang. pompuan paling banyak lupa diri kt jalan raya. Lani pompuan kan nak setaraf lelaki. apa yg laki buat dia pun nak buat. Tp masalahnya dia buat dia xpakai otak. harapkan muka ja lawa.. cik puan oi.. tahula ko ade duit nk beli keta ape yg awak nak pkai.. tp awak xkan mampu bayar nyawa dgn duit ringgit awak tu.. bangang!.

Aku bkn kata kt semua org k… tp dkt yg mmg makan cili tu. jgn jumpak aku sudah. Aku tau ramai lg yg ikut peraturan jalan raya.. tp sbb sebilangan kecil saja yg lain terlibat skali. Klu nak mati pun agak2 la.. jgn heret org lain ikut skali.. B***H!

p/s: Jangan anggap mat rempit semua sama k. mat rempit ni korang dapat beza prangai dia mlalui umur dia. Klu jenis belasan tahun sampai 23tahun ni. golongan yg baru nak besaq. otak dia mmg xble pakai. Tp klu 25tahun keatas ni.. diaorg ni ade otak ade hati dan perasaan.

Comments No Comments »